TATACARA MENGHADIRI TEMUDUGA

Greeting Text

SEBELUM HARI TEMUDUGA :)


  1. Dedahkan diri dengan ilmu pengetahuan kerjaya yang bakal diceburi sama ada dengan membaca/bertanyakan orang yang terlibat secara langsung dalam bidang berkaitan.
  2. Mohon petunjuk dari Allah dengan melakukan solat hajat.
  3. Berlatih menjawab soalan yang difikirkan bakal dikemukakan semasa temuduga.
  4. Pastikan segala butiran peribadi , sijil dan resume ada dalam fail yang akan dibawa pada hari temuduga.

HARI TEMUDUGA :)

  1. Datang awal ke tempat temuduga.
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Tunjukkan kesederhanaan diri , sikap hormat pada penemuduga.
  4. Melangkah ke bilik temuduga dengan penuh yakin.
  5. Beri salam atau ucapan yang bersesuaian dan duduk hanya apabila disuruh.
  6. Jawab soalan dengan baik dan jelas.
  7. Jangan jawab tergagap-gagap atau bertengkar apabila memberi penerangan walaupun soalan yang dikemukakan boleh mengundang kemarahan kita.
  8. Jangan bertanya mengenai gaji atau bonus melainkan jika diajak berbincang.
  9. Jangan mengadakan-adakan sesuatu atau kebolehan yang anda tidak miliki.
  10. Ucap terima kasih dan memberi salam sekali lagi sebelum keluar.

SELEPAS TEMUDUGA :)

  1. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar anda dipermudahkan jalan untuk mencapai kejayaan dalam temuduga tersebut.

Terima Kasih Daun Keladi :)

No comments:

Post a Comment