SENARAI TUGAS PRS

  1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  2. Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
  3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
  5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
  6. Sebagai ROLE MODEL kepada pelajar-pelajar lain.
  7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka , yakin dan percaya diri , berasa selesa dan bersimpati.
  8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  9. Mendengar , menjelas dan membantu rakan melihat alternatif sebelum membuat keputusan.
  10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
  11. Mematuhi etika kerahsiaan.
  12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
  13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
  14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

Terima Kasih Daun Keladi :)

No comments:

Post a Comment