> Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling .
> Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disekolah .
> Sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapat bantuan .
> Sebagai penghujung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu .
> Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu .
> Sebagai ROLE MODEL kepada pelajar-pelajar lain .
> Menjadi fasilitor yang bersifat terbuka , yakin dan percaya diri , berasa selesa dan berempati .
> Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat .
> Mendengar , menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan .
> Memberikan sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil tindakan positif .
> Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi .
> Berbincang dan membantu rakan yang menghidapi masalah biasa atau normal .
> Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya .
> Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri .
> Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu .
No comments:
Post a Comment